TERMA DAN SYARAT BEAUTIFUL YOU

STOK

1) Status stok akan sentiasa dikemas kini. Status yang akan biasa dilihat: available, reserved dan sold out.

2) Penambahan stok adalah bergantung kepada permintaan dan akan diberitahu.

3) Harga produk tidak termasuk dengan caj penghantaran kecuali diberitahu.



PESANAN

1) Sebarang pesanan hendaklah melalui penggunaan borang pesanan yang boleh didapati di sini.Sebarang pesanan melalui kaedah yang lain akan dilayan mengikut budi bicara pihak Beautiful You. Ini adalah untuk memudahkan proses pesanan dan seterusnya proses pembungkusan dan penghantaran.

2) Pelanggan yang serius sahaja dibenarkan untuk membuat pesanan. Sebarang pembatalan tidak dibenarkan. Jika anda berbuat demikian, anda boleh dilabel sebagai "BACKOUT BUYERS" dan akan disenaraihitamkan.

3) Jangan klik "submit" banyak kali untuk mengelakkan pesanan anda dilakukan banyak kali dan untuk mengelakkan kekeliruan pihak kami dalam memproses pesanan anda.
 
4) Pihak kami akan membuat pengesahan pesanan anda dalam tempoh selewat-lewatnya 24 jam.

5) Hanya balas email pengesahan pesanan yang telah dihantar oleh pihak kami untuk proses selanjutnya. Jangan hantar email baru.

6) Reservation boleh dilakukan untuk 2 hari sahaja jika tanpa sebarang sebab yang sah. Pihak kami akan membuka semula jualan barangan tersebut jika sebarang pembayaran tidak dilakukan selepas 2 hari tanpa apa-apa notis.

7) Segala maklumat yang diisi dalam borang pesanan mestilah sah dan aktif.



PEMBAYARAN

1) Segala pembayaran hendaklah dilakukan dalam tempoh 2 hari selepas anda menerima email pengesahan pesanan dari kami.

2) Pastikan anda meletakkan email kami di recipient's email jika melakukan pembayaran secara internet banking.WAJIB.

  email: order.beautifulyou@gmail.com

3) Hantar gambar atau scan resit jika membayar secara bank in ataupun invois yang dikeluarkan selepas melakukan pembayaran secara internet banking sebagai bukti pembayaran. Sebarang urusan tidak akan dilayan jika tiada bukti pembayaran.

4) Jangan conteng atau "trace" balik tulisan di atas resit pembayaran secara bank in. Jika tidak, resit tersebut dianggap tidak sah bagi pihak kami dan sebarang proses tidak akan diteruskan.

5) Sebarang pembayaran hendaklah dibuat ke akaun Maybank atau Bank Islam milik Beautiful You. Nombor akaun akan diberitahu melalui email selepas pengesahan pesanan dilakukan.



PENGHANTARAN

1) Penghantaran pesanan akan dilakukan menerusi POS LAJU. Caj penghantaran akan dikenakan mengikut kadar semasa yang telah ditetapkan oleh pihak POS MALAYSIA untuk Semenanjung dan juga Sabah/Sarawak.

2) Harga caj akan diberitahu melalui email beserta dengan harga barangan pesanan anda.

3) Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas apa-apa masalah yang berlaku semasa proses penghantaran.

4) Jika anda tidak mendapat barangan pesanan anda dalam tempoh 3 hari, segeralah memberitahu pihak kami. Pihak kami sedia membantu anda.

5) 'Tracking no" akan dihantar ke email anda(preferably) sejurus selepas pengeposan dilakukan dan boleh juga dilihat di ruangan tracking no.



PEMULANGAN ITEM

1) Pihak kami tidak membenarkan sebarang pemulangan dilakukan kecuali atas sebab pihak kami tersalah menghantar barangan pesanan anda.



Mudah saje kan? Teruskan mem "browsing" atau menaip pesanan anda! =)